Seorang wanita yang juga dipercayai penuntut di sebuah universiti tempatan meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa tinggal sebilik dengan individu pengotor.
Perkara itu dinyatakan dalam satu rakaman video yang tular di aplikasi TikTok. menunjukkan keadaan bilik asrama yang berselerak dengan timbunan sampah dan pakaian di merata tempat.
Teruskan Membaca“Katanya depresssion (depresi), tetapi agak-agaklah.
“Jangan menipu dan gunakan isu kesihatan mental untuk menyokong sikap yang pemalas dan pengotor,” luah gadis tersebut di ruang kapsyen hantarannya.
Berikut merupakan luahan dari seorang gadis yang memuat naik video di TikTok, menunjukkan suasana biliknya yang bersepah dek kerana rakan sebiliknya yang kurang menjaga kebersihan akibat mengalami kemurungan.
Video berdurasi 36 saat itu menunjukkan keadaan bilik yang berselerak dengan longgokkan pakaian dibiarkan dalam baldi dan di atas katil.
Terdapat juga sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja dan di bawah katil begitu sahaja.
Setelah tular di media sosial, tentu sahaja akan menuai pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap sebegitu.
Bagaimanapun, ada juga yang mengharapkan agar pelajar yang didakwa mengalami depresi itu segera mendapatkan rawatan agar tidak berlarutan
“Macam mana dia boleh selesa dalam keadaan macam ini? Tak faham,” kata Sydaahmdd.
“Macam dialah terpaling depression (depresi). Padahal jiwa pengotor dah ada dalam badan!” kata Nazwaa154.
“Jika benar ada tekanan atau depresi, segera dapatkan rawatan sebab takut makin teruk nanti,” kata RosMalek.
Difahamkan, setelah beberapa kali aduan dibuat kepada pihak pengurusan asrama, gadis tersebut berjaya ditukarkan ke bilik yang lain.
Selain itu, dipercayai beberapa aduan melibatkan perkara sama turut banyak diterima sebelum ini melibatkan pelajar tersebut.
Baca juga: