ATLET badminton negara, Lee Zii Jia tular di media sosial selepas satu video berdurasi 13 saat ketika temu bual bersama seorang wartawan Astro Arena menerima perhatian ramai.
Dalam video tersebut memaparkan atlet berkenaan menyarungkan pingat gangsa yang dimenanginya kepada wartawan tersebut.
Teruskan Membaca“Berat kan? Walaupun gangsa sahaja berat kan?” katanya ketika mengungkap keberatan pingatnya itu.
Mengintai di ruangan komen, rata-rata masyarakat Malaysia menganggap tindakannya itu menunjukkan kecomelan atlet itu yang jelas gembira dapat membuktikan kemampuannya selepas memenangi pingat gangsa itu.
“Beratkan, berat lagi beban yg dia pikul utk mengapai pingat walaupun bronze jer, kepada media beradalah dikakinya bila menukilkan berita biarlah berpada,” kata RaesBahari.
“Apa yang kita saksikan di sini adalah perpaduan sebenar, keharmonian dan perpaduan antara kaum TANPA campur tangan Ahli Politik Agama Ekstremis!” ujar SuToff.
“Peranan yg digalas media besar kesannya. Media boleh jadikan Bangmed sebagai contoh, mempunyai personaliti yg positif dan rasional. Jika ingin memberi kritikan, biarlah ia berbentuk motivasi dan dapat memberi keyakinan kepada orang lain untuk memperbaiki untuk jadi lebih baik,” jelas mmokhta52586768.
Semalam, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan lawan dari India, Lakshya Sen dalam aksi rubber set 21-13, 16-21, 11-21 selepas berjuang selama 1 jam 12 minit untuk menyumbangkan pingat kedua kepada negara.
Baca juga: