PELAKON terkenal, Fattah Amin menafikan rumah tangganya dan isteri, Nur Fazura dalam keadaan goyah meskipun pelbagai spekulasi mengenai hubungan pasangan itu masih tidak reda.
Memetik laporan Murai.my, Fattah menegaskan bahawa rumah tangganya tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang dilaporkan media.
Teruskan MembacaMenurut Fattah, isu dan khabar angin itu timbul selepas jarang meninggalkan komen dan ‘like’ di hantaran isterinya menerusi Instagram.
“Kami memang tak ada apa-apa isu sebab masing-masing pun sibuk kan. Kami okay sahaja. Saya rasa, isu ini berpunca daripada tak ‘like’ dan tak komen.
“Itulah, kadang-kadang bila dah sibuk dengan urusan kerja, takkan setiap hantaran itu kita nak ‘like’ dan komen. Kalau ada masa memang saya ‘like’.
“Kami faham sebab peminat mengambil berat. Terima kasih kepada semua yang ambil berat dan bertanya,” katanya.
Terdahulu, Fazura memberitahu pihak media hubungannya dan suami dalam keadaan baik dan beliau memilih untuk mengehadkan hantaran berkaitan keluarga dan kebahagiaan di media sosial kerana amat terkesan dan ingin memberi laluan kepada kejadian yang berlaku di Palestin.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura yang dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3 tahun selepas mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. — KL Viral
Baca juga: