Dua kad akreditasi Olimpik Paris diberikan kepada keluarga Norza?

PEMINAT sukan tempatan mempersoalkan jumlah kad akreditasi yang sebelum ini dilaporkan tidak mencukupi setelah melihat satu gambar memaparkan keluarga kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria menghadiri perlawanan sukan badminton bagi penentuan pingat gangsa pada Ahad.

Gambar yang tular di laman X itu memaparkan kelibat isteri dan anak kepada Norza menghadiri temasya tersebut sambil memakai lanyard yang seakan-akan kad akreditasi.

Rata-rata masyarakat tempatan meminta pihak MOM untuk memberikan penjelasan berkenaan gambar yang tular itu dan menganggap tindakan itu sebagai tidak adil.

Sebelum ini, pernah tular mengenai jumlah kad akreditasi yang dilaporkan tidak mencukupi buat atlet perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei untuk membawa jurulatihnya bersama ke temasya itu.

Pihak MOM turut menjelaskan limitasi pengeluaran kad akreditasi kepada pegawai-pegawai pengiring itu susulan Malaysia hanya menghantar bilangan kontijen atlet yang kecil.

Namun, setakat ini tiada penjelasan yang diberikan pihak MOM mahupun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan gambar yang tular itu.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?