SATU video tular di laman X yang memaparkan warga asing membanjiri koc wanita di dalam pengangkutan awam pada 18 Jun 2024.
Di dalam video terbabit menunjukkan seorang wanita mendukung anak kecilnya sambil berdiri di bahagian koc wanita terbabit sepanjang perjalanan yang menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat tempatan.
Teruskan MembacaRata-rata warga tempatan mendakwa tindakan warga asing yang duduk di koc wanita sebagai tidak sensitif dan mementingkan diri.
Namun, ada juga yang mendakwa sesetengah warga asing bukannya mementingkan diri tetapi mereka sebenarnya buta huruf dan tidak memahami apa yang dituliskan di dalam pengangkutan awam tersebut.
Mengintai di ruangan komen di laman X,rata-rata warganet menggesa orang sekeliling untuk menegur perbuatan mereka daripada merekod dan mengepost video terbabit di laman media sosial.
“Mintalah nak duduk… kalau dah tak mahu beri, boleh divideokan. Biasakan diri meminta untuk hak anda.” ujar @MohdFaizalMusa1
“Lelaki-lelaki tempatan kena ada telor sikit tegur, dorang ni jangan bagi muka. Anak orang bising kat masjid sebelah kau pun kecut telor nak tegur. Ni tengok org perempuan ada anak lagi lah kena kedepan,” kata @Luqmanelhakem.
“Baru je semalam aku perambat seorang bangla ni duduk dekat koc wanita. Dia terkebil kebil mcm bodo taktahu tu untuk wanita punya tempat sampai la dia bangun jugak. Tapi aku perati ada juga perempuan beb** taknak duduk dekat koc wanita sedangkan dah disediakan. Lain kalau duduk dengan suami sendiri,” ujar @Elchapodiablo99.
“Suruh je lah bangun. Cakap dgn tegas. Tunjuk kat kakak yg dukung anak tu,” jelas @Orkid_Hutan_
Baca juga :