TINDAKAN melulu seorang pelancong yang berlari ke arah trek kereta api di ketika tren tersebut sedang menghampiri kawasan Hanoi Train Street di Vietnam mengundang kecaman warganet.
Pelancong yang merupakan seorang wanita tersebut dilihat berlari ke arah trek tersebut namun berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki sebelum tren yang sedang bergerak itu melanggar kedua-dua mereka.
Teruskan MembacaVideo tular yang berdurasi 27 saat tersebut telah dimuat naik di laman X oleh Anthraxxx781 yang turut menyatakan rasa kurang senang mengenai perbuatan wanita tersebut di ruangan kapsyen.
“Jenis pelancong bod** macam ni lah punca pihak berkuasa di sana (Vietnam) sekat pelancong daripada melawat Hanoi Train Street,” katanya dalam kapsyen video tersebut.
Dia menyatakan demikian kerana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam pernah membuat sekatan sebegitu selepas pelancong melakukan perkara yang sama dengan perbuatan wanita tersebut.
Rata-rata warganet turut meluahkan rasa berang dengan perbuatan wanita tersebut dengan menyatakan bahawa industri pelancongan turut akan terjejas dengan adanya pelancong seperti wanita itu.
“Spesies-spesies macam ni lah yang merosakkan kawasan-kawasan pelancongan, seperti di Jepun,” komen Hemylove2103.
“Hantar balik je dia ni balik negara dia dan sebarkan muka dia. Lepas itu ban semua pelancong dari negara tu dari masuk ke dalam negara,” kata AimanMMG.
“Pelik ada orang bang*** macam ni tak tahu bahaya. Bila dia mati, menyusahkan banyak pihak terus,” kata Deegee4646.
“Tourist yang buat perangai kurang bijak macam ni hendaklah didenda dan dilarang daripada visit negara lain selama setahun at least. Baru diorang ni ada akal,” komen Xxbobbyxx__. — KL Viral
Baca juga: