‘Sebelum berkongsi sesuatu, lebih baik berfikir dahulu,” itulah ungkapan yang sesuai buat pelakon, Wanna Ali, setelah dikecam netizen kerana memuat naik gambar bersama Fattah Amin yang baharu sahaja difailkan penceraian.
Wanna atau nama sebenarnya Nur Syazwana Mohd Ali, 26, dikatakan memuat naik gambar tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen sedangkan Fazura baru sahaja menfailkan penceraian lewat pagi tadi.
Teruskan MembacaMemetik laporan Kosmo, Wanna dikatakan memuat naik gambar tersebut adalah untuk mempromosikan filem terbaru drama, Lelaki Melayu Terakhir.
Namun begitu, rata-rata netizen memberi kecaman hebat kepada Wanna sehingga dianggap tidak peka terhadap perkara berlaku ke atas hubungan Fattah Amin dan Fazura.
“Artis dekat Malaysia macam ini memang kebanyakkannya tidak berotak. Tak sensatif langsung,” komen Dea_aziz.
“Tolong la hormat sikit. Sensitif la sikit. unfollow,” tambah Zulaiqakeiflieusuff_.
Namun, kontroversi itu tidak terhenti disitu sahaja, malah ada yang mendakwa Wanna Ali sebagai ‘penyondol’ sehingga disamakan dengan artis yang turut terlibat dengan kontroversi penyondolan iaitu Ruhainis.
“Kau dengan Ruhainis sama sahaja. penyondol tidak bermaruah,” komen muhammadamirul4987_.
“Dah boleh gelar penyondol ke belum ini? Kalau belum kita panggil pra-penyondol dulu,” kata Haziq_nroman.
Sebagai info, Fazura , 40, dan Fattah Amin, 34, telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2024.
Malang sekali, pagi tadi Fazura telah disahkan menfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, di Makhamah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Baca juga: