SELAMA dua tahun berturut – turut, pelakon Meerqeen dan Anna Jobling, masing-masing tersenarai dalam senarai antara 100 Wajah Lelaki Paling Kacak serta Wajah Wanita Paling Jelita menurut TC Candier bagi tahun 2023.
Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen, 22, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling pula di tempat ke-66 untuk edisi tahun ini.
Teruskan MembacaAnna atau pemilik nama lengkap, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, telah berjaya mengalahkan aktres Hollywood, Margot Robbie dan Emma Watson yang masing-masing di tempat ke-90 dan 83.
Kedua-dua pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menjadi satu-satunya artis Malaysia yang berada di senarai TC Chandler yang telah di umumkan dalam laman media rasmi antarabangsa tersebut pada 28 Disember lalu.
Untuk info, senarai tahunan 100 tercantik dan terkacak itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics di mana, senarai tersebut diiktiraf sebagai antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Manakala, pada tahun 2021, Tabby dari kumpulan Dolla menjadi wakil tunggal Malaysia, manakala Mira Filzah dan Fattah Amin pula tersenarai untuk tahun 2020. – KL VIRAL
Baca juga: