DESAS-desus mengenai hubungan cinta bersama penyampai radio, Tyzo Xander masih belum surut namun, kini usahawan Lydia Rosli mulai menarik perhatian ramai apabila mendedahkan perbelanjaan ratusan ribu demi penambilan tubuh badannya.
Lydia memberitahu bahawa dia telah menjalani beberapa pembedahan yang mencecah hampir RM200,000 di sebuah hospital swasta demi memperbaiki penampilannya untuk bakal suaminya nanti.
Teruskan MembacaPembedahan yang dilakukan tahun lalu itu menyebabkan Lydia kehilangan berat sebanyak 15 kilogram dan dia secara terbuka turut mengakui bahawa mahu mengecilkan badan untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan.
“Secara jujur, saya rasa lebih cantik ketika umur 47 tahun berbanding zaman muda. Keyakinan diri saya terus meningkat dan membuatkan saya rasa ingin berkahwin semula.
“Saya rasa yakin untuk malam pertama nanti. Tetapi, si dia pula yang tak bersedia nak kahwin. Saya anggap itu alasan dan saya hormat keputusan dia. Mungkin ini jalan terbaik untuk saya tambah lagi keyakinan diri,” tambahnya.
Lydia berkata demikian seolah menyindir Tyzo yang dikatakan masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri tersebut juga tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk ‘pasang’ badan meskipun perkahwinan yang diidamkan tidak menjadi kenyataan.
Lydia menyatakan dirinya kini lebih yakin dan hatinya sudah terbuka untuk mengenali lelaki lain setelah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.
“Sebelum ini saya tak ada kawan. Tengok lelaki saya rasa kosong. Sekarang tengok lelaki baru okey. Dulu rasa kosong sebab trauma dengan perkahwinan kedua.
“Saya tak benci lelaki, cuma rasa tak ada apa-apa dekat mereka. Lelaki tak boleh ubah saya. Saya bekerja keras cari duit masa itu,” katanya.
Kini, Lydia bersikap lebih terbuka dan positif mengenai soal jodoh. Dia menyerahkan urusan jodohnya kepada Allah SWT dan terus mengekalkan sikap yang positif dalam menghadapi masa depan. — KL Viral
Baca juga: