SEORANG penjual nachos menjadi perhatian masyarakat selepas menjual nachos dengan harga mencecah RM15, walaupun pelanggan membawa nachos mereka sendiri dan hanya ditambah sos serta daging oleh penjual.
Penjual tersebut mendakwa harga tinggi disebabkan oleh resepi sos yang dibuat sendiri.
Teruskan MembacaNamun, ramai warganet tidak bersetuju dan menganggap harga tersebut tidak masuk akal.
“Ciri-ciri kedai harga yahudi, mengaku homemade, viral, premium, bahan terpilih, sarung tangan hitam, jual atas van atau khemah putih.
“Yang meniaga selalunya orang muda dan banner kedai guna kain putih tulisan hitam,” komen hasifdarimi dalam aplikasi X.
“Aku cukup benci bila peniaga gunakan perkataan homemade.
“Benda itu bukan sebuah resepi rahsia yang susah untuk ditiru. Macam video ini, tomato smash dengan coleslaw sahaja,” balas Mi.
Kontroversi ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai harga makanan yang tidak masuk akal dan peniaga yang mengambil kesempatan dengan alasan bahan-bahan homemade. – KL Viral