KAGUM. Begitulah kata mudah yang dapat diungkap oleh penyanyi jelita, Mahalini, 24, terhadap kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu ‘menghidupkan’ insan yang sudah meninggal dunia.
Kata Mahalini, usaha penyanyi senior senegara dengannya, Melly Goeslow yang menggambungkan dengan Allahyarham Nike Ardilla menerusi lagu Bertemu Kembali adalah sesuatu yang tidak digambarkan olehnya.
Teruskan MembacaNamun, dia tidak menolak bahawa teknologi masa kini mampu menyerlahkan kreativiti dan mencetuskan idea luar biasa sebegitu.
“Saya sudah mendengarkannya dan saya rasa itu satu perkara yang menakjubkan dalam industri muzik pada zaman kini. Apabila melihatnya, saya berasa seperti benar-benar melihat Nike seperti ada di mata.
“Kolaborasi pula bersama Melly Goeslow dan Nike Ardilla yang memang terkenal dengan kelunakkan suara yang baik. Saya mendukung (sokong) penuh lagu tersebut.
“Penggunaan AI pada zaman sekarang tidak asing lagi dan suara Nike yang ‘dikembalikan’ itu dapat mengimbau semula waktu kegemilangannya dahulu,” katanya ketika ditemu KL VIRAL dalam sidang media pelancaran konsert Lovechestra Mahalini baru-baru ini.
Mahalini turut berkata, lagu tersebut adalah luahan seorang sahabat yang kehilangan sahabat baiknya dan sekali gus memberikan satu rasa yang mendalam tatkala mendengarnya.
Reaksi positif Mahalini memberikan sokongan baik terhadap rakan artis sesama negaranya dalam hasil karya gabungan berteknologi tinggi dan berharap agar lagu tersebut dapat memberikan impak kepada pendengar.
Untuk info, Nike Ardilla telah meninggal dunia pada 19 Mac 1995 kerana kemalangan kereta. — KL VIRAL
Baca juga: