PELAKON yang terkenal berwajah putih manis, Uqasha Senrose akhirnya disahkan hamil setelah berkahwin selama tiga tahun bersama pelakon, Kamal Adli, 37.
Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen, 31, menerusi hantaran video Instagram miliknya berkata, rezeki zuriat adalah berita yang paling dinantikan buatnya dan suami.
Teruskan Membaca“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk saya. Nervous (gementar) dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pula,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Uqasha turut meminta doa yang baik-baik buat dirinya dan bayi dalam kandungannya daripada semua orang.
“Doakan yang baik-baik untuk saya dan bayi. Amin. Terima Kasih banyak kepada yang doakan,” tulisnya lagi.
Memetik laporan Harian Metro, dalam masa yang sama Uqasha berasa sedih kerana ada beberapa pihak yang berandaian bahawa ahli keluarganya semua tidak boleh melahirkan zuriat.
“Jujur, saya sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tak ada zuriat. Bila dapat tahu saya mengandung, saya bahagia sangat sebab aturan Allah yang maha mengetahui. Jodoh, ajal, maut dan rezeki semua dari-Nya,” kongsinya lagi.
Perkongsian berita baik itu turut mendapat kata-kata yang positif daripada rakan artis dan pengikutnya di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen video hantaran tersebut, antara rakan artis yang menzahirkan kesyukuran serta memberi ucapan tahniah adalah Fazura, Zahirah MacWilson, Nabila Huda, Mira Filzah, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali ketika menunaikan umrah pada awal tahun 2022 dan sekitar bulan November pada tahun yang sama.
Sekadar info, Uqasha telah mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang.
Baca juga: