PENYANYI dan pelakon terkenal Naim Daniel mengakui hubungannya dengan pelakon, Shasha Abedul sedakar kawan sahaja.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata, tiada apa yang perlu dipanjangkan mengenai hubungan itu.
Teruskan Membaca“Kami berdua baik sahaja, tiada apa apa pun. Saya pernah bekerja dengan dia dan pernah juga ada kenalan yang sama dengan dia.
“Jadinya kami memang kawan. Saya hormati dia dan kami berada dalam bidang yang sama juga,
“Kadangkala isu macam ini selalu kena pada penyanyi atau pelakon. Kadang-kadang terfikir bagus juga benda ini (kontroversi) untuk tujuan pemasaran atau kandungan (content),” katanya kepada KL VIRAL ketika ditemui pada sidang media Konsert Pesta Muzik Kuantan baru-baru ini.
Tambah Naim, pandangan peminat terhadap lakonannya bersama Shasha Abedul dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta pada 2020 membuahkan hasil kerana bukan sahaja sokongan malah, ‘dikenen-kenenkan’ untuk menjalinkan hubungan lebih serius.
Meskipun sering gagal dalam kisah cinta, pelantun lagu Sumpah itu juga berkata, 2024 menjadikan tahun yang agak sibuk baginya sekali gus mahu lebih fokus terhadap kerjayanya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan komposer lagu.
“Walaupun asyik ‘tersingkir’ saja, tapi tidak mengapa. Lagipun tahun ini, saya mahu lebih fokus kerana banyak projek yang sedang diusahakan,” katanya sambil ketawa besar.
Untuk info, Naim bakal membuat persembahan di Konsert Pesta Muzik Kuantan bersama kumpulan terkenal dari Indonesia, Ungu dan barisan penyanyi yang lain seperti Khai Bahar, Nabila Razali, Eda Azrin, Den Manjo dan Ara Johari pada 24 Februari 2024 di Stadium Darul Makmur, Pahang. — KL VIRAL
Baca juga: