SKUAD Harimau Malaya mendapat sokongan penuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar yang bermula 12 Januari hingga 10 Februari depan.
Penantian selama 42 tahun untuk menyaksikan skuad negara menyertai kejohanan itu nyata sufah berakhir dengan apabila Harimau Malaya layak ke Piala Asia.
Teruskan MembacaMenerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, penantian selama 42 tahun itu memberikan 1,001 makna dan menganggap mereka adalah pejuang yang mengangkat martabat sukan negara.
“Pasukan yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon mampu berhadapan pasukan lawan dengan penuh sabar, bersemangat dan istiqamah kerana penantian ini tidak sia – sia.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya beserta diiringi dengan doa agar memperolehi kejayaan,” kata Anwar.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Jordan dalam saingan Kumpulan E pada 16 Januari.
Dalam pada itu, Malaysia turut berhadapan dengan cabaran getir dalam pertemuan dengan juara dua kali iaitu Korea Selatan dan Bahrain.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.
Perlawanan Piala Asia 2023 akan disiarkan secara langsung di RTM bermula 12 Januari ini.
Baca juga: