PASANGAN regu badminton wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah cipta sejarah selepas berjaya mara ke Separuh Akhir Sukan Olimpik Paris 2024 setelah menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dalam aksi Suku Akhir pada petang Khamis.
Set pertama, pasangan negara meninggalkan lawan dengan jurang mata 5-0 sebelum menoktahkan kemenangan 21-13.
Teruskan MembacaSet kedua, pasangan Korea cuba memberikan saingan dengan mengintai ruang yang ada apabila Pearly menghadapi kecederaan di bahunya dengan menyamakan mata kedudukan 13-13.
Namun, nasib tidak menyebelahli bekas Juara Olimpik Tokyo 2020 itu apabila kerap melakukan kesilapan sekaligus membuka ruang buat pasangan negara untuk mendahului perlawanan 16-13.
Semangat juang pemain muda negara semakin sukar disekat selepas kemaraan diteruskan dengan permainan yang agresif, sekaligus berjaya menoktahkan kemenangan 21-13 dalam tempoh 42 minit.
Kemenangan itu membuatkan gandingan negara merekodkan sejarah baharu selaku wakil Beregu Wanita pertama mewakili Malaysia di pentas Separuh Akhir sejak penubuhan pada 1992.
Pasangan negara dijadualkan bertemu pasangan di ranking no.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang sebelum ini pernah mengalahkan pasangan negara dalam kelayakan kumpulan A.
Atas kertas, rekod pertemuan berpihak kepada pasangan China itu yang memenangi tujuh daripada lapan pertemuan mereka yang lalu.
Baca juga: