PEMAIN badminton profesional negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China pada 11 hingga 15 Disember nanti.
Pemegang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mencantas pencabar terdekatnya dengan beberapa keputusan lain.
Teruskan MembacaZii Jia tewas kepada pemain India, Lakshsya Sen dengan keputusan 14-21, 21-13, 13-21, akan tetapi, kekalahan dua pemain Jepun, Kenta Nishimoto dan Koki Watanabe membuatkan Zii Jia mara ke atas.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan mengesahkan kemaraan Zii Jia dalam sukan tersebut pada Khamis.
“Tahniah kepada Kunlavut Vitidsarn (Thailand) dan Lee Zii Jia. Perlumbaan ke WTF akan diteruskan lagi pada China Masters 2024,” katanya.
Perkembangan lain, pemain nombor tujuh dunia itu melayakkan diri buat kali ketiga ke kejohanan penutup tirai Jelajah Dunia BWF selepas musim 2020 dan 2021.
Sebelum ini, Zii Jia mencatat pencapaian terbaik pada saingan WTF sewaktu edisi 2021 di Bali, Indonesia apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas 18-21, 18-21 kepada Kunlavut yang menjadi naib juara.
Untuk rekod, WTF 2024 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan paling besar sepanjang saingan musim ini iaitu AS$2.5 juta (RM11.17 juta). – KL Viral
Baca juga: