Terkini

Kamarulzaman sentiasa beri sokongan penuh terhadap pembangunan pasukan KL City FC dan KLFA

DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) optimis bagi memastikan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) diterajui oleh individu yang berkaliber dan berdedikasi.

Katanya, pihak mereka sentiasa memberi sokongan penuh terhadap segala usaha demi kebaikan sukan bola sepak Kuala Lumpur.

“Pihak berkenaan akan terus berganding bahu dan menyokong usaha-usaha memastikan KLFA dan KL City FC berada pada tahap yang baik dan kompetitif dalam membangunkan sukan bolasepak ini.

“Selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur, saya bersedia memberikan sokongan penuh dan secara berterusan kepada usaha tersebut walaupun tidak memegang sebarang jawatan di dalam KLFA mahupun jawatan di dalam mana-mana badan gabungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, beliau berharap agar semua pihak dapat berganding tenaga dan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan pasukan Kuala Lumpur dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan bagi menerajui KLFA bagi menggantikan Khalid Samad yang melepaskan jawatannya, baru-baru ini.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top