MALANG tidak berbau, itu apa yang boleh dikaitkan dengan kejadian tular di media sosial yang melibatkan dua buah kenderaan dipandu dalam keadaan yang berbahaya.
Menerusi video tular yang berdurasi 27 saat itu memaparkan dua buah kenderaan jenis Perodua Bezza dan Produa Myvi sedang berlumba-luma untuk memotong kereta di hadapannya.
Teruskan MembacaDifahamkan, tindakan melulu yang diambil oleh pemandu tersebut kerana mahu memotong kereta dihadapan mereka dan sebaliknya tindakan tersebut boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Dalam masa yang sama, pengguna media sosial rata-rata berasa kurang senang dengan perkara tersebut yang boleh mendatangkan masalah kepada orang sekeliling.
“Dah garisan jalan berkembar kan, nak laju menggelupur sangat kenapa? Bawak kereta dengan cara bahaya, kalau tak sabar sangat memandu waktu malam masa orang semua tidur,” kata Siti.
“Pemandu yang tak berapa bijak, aklau tak bersepai atas jalan, kawan tengok kan aje. Takpun baru merasa beli kereta agaknya,” kata Azrai.
“Polis patut amnik tindakan terus kat pemandu kereta myvi, pemandu bezza dan juga yang rekod pakai telefon ni. Semua bahayakan orang lain juga akhirnya,” kata Sofia Arissa.
“Nak tunjuk dekat orang yang dia ada kereta dan hebat bawak kereta. Orang lain takda kereta macam dia, elok dia ni mati sorang-sorang je, jangan orang lain jadi mangsa,” kata Syukrie.
Baca juga: