PELAKON, Fathia Latiff mengakui telah menjalani pelbagai rawatan untuk memperbaiki penampilan wajahnya setelah merasakan kulitnya semakin hilang keanjalan akibat faktor usia.
Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, rawatan seperti suntikan botox pada wajah dan mata serta penambahan ‘filler‘ di bibir telah membantu meningkatkan keyakinan dirinya terhadap kecantikan wajahnya.
Teruskan Membaca“Sebelum ini, saya kurang yakin dengan penampilan diri kerana wajah saya kelihatan cengkung. Saya tidak faham kenapa orang kata saya cantik sebelum ini.
“Saya telah menjalani rawatan ‘filler’ dan suntikan botox. Dulu, ketika saya masih muda, kulit wajah saya tegang, tetapi kini dengan peningkatan usia, saya perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan kecantikan,” katanya.
Fathia menambah, pada zaman sekarang, rawatan wajah sudah menjadi kebiasaan dan dia tidak terlalu peduli dengan apa yang orang lain katakan.
Apabila ditanya mengenai kos rawatan tersebut, Fathia menjelaskan bahawa semuanya ditaja oleh pusat rawatan kecantikan.
Selain itu, Fathia juga sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
“Sekarang saya perlu kurus. Ada pihak yang ingin menaja pembedahan bariatrik, tetapi saya masih mempertimbangkannya. Sementara itu, saya sedang mengambil ubat pelangsing dan berusaha untuk kembali aktif bersenam,” katanya.
Sebelum ini, penampilan Fathia sering menjadi sasaran kritikan netizen, yang mendakwa bahawa dia terlalu berlebihan dalam usaha untuk kelihatan cantik, sehingga menyebabkan wajahnya tidak lagi seperti dahulu. — KL Viral
Baca juga: