WANITA disarankan untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang secukupnya berdasarkan kajian yang mendapati sekitar 60 hingga 70 peratus wanita di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.
Vitamin D merupakan vitamin yang sangat diperlukan tubuh untuk menguatkan tulang dan gigi serta menjaga daya tahan tubuh.
Teruskan MembacaBerikut perkara yang dimaklumkan Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman X pagi tadi, sambil melampirkan ciapan gejala-gejala yang patut dibendung.
“Jangan ambil mudah kepada gejala-gejala kekurangan vitamin D ini, kerana sememangnya majoriti wanita Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin D yang menyebabkan gejala seperti ini.
“Kekurangan ini lebih ketara di kalangan wanita yang tinggal di kawasan bandar, di mana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan
“Kekurangan vitamin D ini juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian yang menutup seluruh badan, yang mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, sumber utama penghasilan vitamin D.
“Masalah kekurangan vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun,” jelasnya.
PHM turut menggesa orang ramai terutama wanita untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan sumplemen vitamin D jika perlu.
Baca juga: