RAYA kan sebulan! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi program Temu DBKL akan diadakan bertempat di Taman Tasik Datuk Keramat pada Sabtu ini.
Program Temu DBKL @ Titiwangsa: Mesra Aidilfitri akan berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Teruskan MembacaSementara itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang program berlangsung pertandingan karaoke, pertandingan busana Aidilfitri, pertandingan menganyam ketupat, permainan tradisional, Jualan Rahmah dan Jualan AgroMADANI.
Paling menarik dari pukul 12 tengah hari hingga jam 4 petang akan diadakan jamuan raya kepada semua pengunjung yang tiba.
Turut diadakan pameran serta kaunter perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta,
Dalam pada itu, hadiah dan cabutan bertuah untuk 90 orang yang bertuah pun ada! Jadi jangan lupa serbu Sabtu ni.
Orang ramai digalakkan untuk menaiki LRT dan turun di stesen Jelatek. Ayuh warga kota kita meriahkan Program Temu DBKL! Jumpa anda disana. — KL Viral
Baca juga: