Terkini

Bawa tiga anak naik motosikal dari Perak ke Ampang, buat netizen bersyukur dengan apa yang dimiliki

TULAR satu video memaparkan seorang wanita menunggang motosikal bersama tiga anak di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam pada Khamis.

Menurut seorang pemilik akaun @anisafiqahmohdisa di Instagram, dia bersama suami dan dua orang anak mereka dalam perjalanan pulang dari Ipoh, Perak ke rumah di Kampung Pandan, Ampang di sini dan singgah solat sebelum terjumpa wanita itu dan anaknya.

“Pada awalnya saya nak bagi duit raya je sebab mereka bertiga naik motor panas-panas rupanya ada seorang lagi anak dalam baju wanita itu, patah balik ke kereta untuk ambil satu lagi sampul duit.

“Jadi kami bantu apa yang mampu, alang-alang nak ke Kuala Lumpur, kami tumpangkan anak-anaknya,” tulisnya dalam video tersebut

Katanya, mereka kemudian meneruskan perjalanan dan dia mengikuti motosikal wanita itu dari belakang namun perjalanan anak bongsu wanita berkenaan mula menangis ketakutan.

Mereka kemudian berhenti dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya dan meneruskan perjalanan sehingga tiba di rumah mereka untuk menghantar dua lagi anaknya.

“Kita rasa kita susah, tapi sebenarnya ada yang lagi susah daripada kita, kita rasa kita diuji teruk tapi ada yang diuji teruk daripada kita,” tulisnya.

Walaupun begitu, manusia tidak lari dari sifat suka mempertikai tindakan seseorang, buat jahat kena kecam, buat baik pun kena kecam.

Ada segelintir netizen yang melontarkan komen negatif terhadap penunggang motosikal wanita berkenaan yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pasangan suami isteri untuk menumpangkan anak-anaknya.

“Berani sungguh dia beri anak ikut orang yang tidak dikenali,” kata pengguna @lailawati_ahmad di Instagram.

“Kalau benar wanita itu mak kepada kanak-kanak ni, percaya betul dia dekat orang luar tumpangkan anak-anaknya,” kata @din_tj di Instagram.

“Macam mana boleh bagi tumpang pada orang tak dikenali. Kalau saya maaf la nak bagi. Buatnya bawa lari anak-anak dia. Tak terkejar dengan motor tu,” kata pengguna @jeesmk di Instagram.

Tindakan pasangan itu bagaimanapun mendapat pelbagai komen positif di mana rata-rata netizen berterima kasih kepada pasangan berkenaan atas niat suci membantu wanita itu menumpangkan anak-anaknya.

KL Viral mendoakan agar pasangan itu dipermudahkan dalam segala urusan dan dimurahkan rezeki, semoga Allah membalas kebaikan mereka dengan seribu kemanisan. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top