DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Seputeh melaksanakan tindakan sitaan dan pindah halangan terhadap empat penjaja di sekitar Jalan 1/152 dan Jalan 6/155 Bukit OUG pada Rabu.
DBKL menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, pihaknya membuat lima kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Teruskan Membaca“Antara barangan yang disita adalah meja/kerusi plastik, kanopi, stall burger, dapur masak, tong ais dan lain-lain peralatan.
“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya.
Susulan itu, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Baca juga: