Sejak kebelakangan ni, nama Shila Amzah makin hangat diperkatakan, especially bila dia kerap muncul dengan persembahan di China. Dari situ, mula timbul spekulasi kononnya dia lebih utamakan peminat luar berbanding Malaysia.
Tapi Shila tak tunggu lama untuk jelaskan perkara sebenar.
Teruskan MembacaMenurut penyanyi bersuara powerhouse tu, jadual padat di China bukan bermaksud dia melupakan peminat tempatan. Sebaliknya, ia adalah peluang kerjaya yang datang hasil usaha dan konsistensi dia selama bertahun-tahun dalam pasaran sana.
“Bukan sebab nak pilih peminat luar, tapi ini rezeki kerja,” lebih kurang begitu penjelasan dia.
Shila juga mengakui dia sangat bersyukur kerana masih relevan dalam industri, bukan saja di Malaysia, tapi juga di peringkat antarabangsa. Tambah pula, penerimaan luar biasa daripada peminat di China memang jadi salah satu faktor kenapa dia terus aktif di sana.
Dalam masa yang sama, dia tak pernah lupa akar dia. Malaysia tetap jadi tempat dia bermula, dan sokongan peminat tempatan adalah antara sebab utama dia boleh pergi sejauh ini.
Jadi kalau nampak Shila lebih banyak show di luar negara sekarang, jangan cepat buat kesimpulan. Itu bukan soal pilih kasih, itu soal peluang dan perjalanan karier.
Apa yang penting, dia masih bawa nama Malaysia ke pentas dunia.
















