Dalam dunia glamor yang penuh dengan kejutan, bekas model dan aktres terkenal Zahnita Wilson akhirnya bersuara namun dengan jawapan yang cukup tenang, tapi tajam, selepas seorang wanita tampil mendakwa segala pendedahannya sebelum ini hanyalah rekaan semata-mata!
Wanita bernama Neysahz, yang mengaku sebagai bekas rakan kongsi Zahnita, mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka menafikan kredibiliti kenyataan aktres itu sebelum ini. Tapi reaksi Zahnita sangat tenang.
Teruskan Membaca“Doakan yang baik-baik sahajalah,” ujar Zahnita ketika dihubungi HibGlam, memilih untuk tidak melatah dengan tuduhan panas yang dilemparkan kepadanya.
Namun jawapan ringkas yang paling “berisi” muncul apabila beliau ditanya tentang perasaannya terhadap kenyataan Neysahz itu.
“Rasa macam… biarlah dia. Allah ada.” – satu kenyataan pendek tapi cukup menggambarkan kekuatan dalaman dan ketenangan Zahnita dalam berdepan badai.
Tidak perlu balas dengan panjang lebar, Zahnita memilih untuk ‘angkat tangan’ dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Peminat kini tertanya-tanya adakah ini penamat kontroversi, atau hanya permulaan babak baru?