INSIDEN gelap yang dilalui penyanyi, Ara Johari apbila dia menjadi mangsa cabul pada Jun tahun lalu membuatkan tuan punya badan mengambil masa lebih sebulan untuk memberanikan diri keluar bersendirian.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, berkata, kejadian itu membuatkan dia trauma dan memerlukan peneman untuk berhadapan dengan kerenah peminat.
Teruskan Membaca“Insiden itu memang memberikan kesan kepada saya dan sekarang membuatkan saya lebih berjaga-jaga terutama apabila berhadapan dengan peminat.
“Saya mula tapis juga kalau ada yang nak bergambar dari segi jarak dan sebagainya. Rasa trauma juga dah tiada cuma perkara itu sering berlaku cuma waktu itu tidak menyebelahi saya dan terkena pada saya,” ujarnya kepada KL VIRAL.
Kata Ara, dengan kehadiran pengurus, pengawal peribadi dan rakan sebagai peneman menambahkan lagi keberaniannya untuk keluar rumah.
“Setakat ni saya bersyukur sebab tiada lagi insiden seperti itu berlaku. Lebih kurang sebulan lebih untuk saya yakin semula keluar rumah secara berseorangan,” kata Ara.
Berikutan berkenaan insiden tersebut, laporan polis yang telah dibuat mendapat tindakan lanjut dan pelaku meyedari kesalahannya.
Pelantun lagu Bunga itu juga berkata, dia tidak mahu memanjangkan keadaan, tetapi apabila sudah melibatkan pegawai lokasi tersebut maka, dia hanya mengikut prosedur sahaja dengan harapan perkara itu dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan orang lain.
Terdahulu, Ara pernah berkongsi detik cemas dihadapinya apabila ada seorang individu lelaki mencabulnya selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Individu itu mulanya menyapa untuk bergambar, menghulur tangan untuk bersalaman.
Namun, secara tiba-tiba suspek bertindak menggenggam tangannya dengan kuat dan menciumnya sebanyak dua kali. — KL VIRAL
Baca juga: