HANTARAN tular di aplikasi TikTok milik pelakon, Fify Azmi ibarat memberi ‘hint’ bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktor Niezam Zaidi.
Dalam video mesra dan tular tersebut Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, seperti mengesahkan mereka mempunyai satu hubungan yang istimewa dengan menggunakan lagu Buah Hati daripada kumpulan Armada.
Teruskan MembacaPelakon berusia 34 tahun itu turut meletakkan kapsyen yang begitu manis maksudnya dan menimbulkan tanda tanya wargamaya yang mengikutinya.
“Hanya kita berdua,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, pengikut-pengikut aktres tersebut begitu teruja dan mendoakan perkara yang baik buat pasangan tersebut.
“Dua manusia yang pernah dilukai disatukan. Harapnya mendapat cerita akhir yang baik!” komen fiyna.
“Tak sangka, tapi comel. Semoga bahagia,” kata Wahidah Fadli.
“Saya setuju mereka berdua,” kata Ameyyrawr. — KL Viral
Baca juga: