PELAKON Datin Intan Najuwa mengumumkan kehamilannya selepas mendirikan rumah tangga hampir setahun menerusi satu hantaran di aplikasi Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Intan, 27, berkongsikan berita gembira itu sambil menunjukkan satu video serta gambar yang memaparkan perutnya itu berbadan dua.
Teruskan Membaca“Rahsia kecil kami akhirnya dikongsikan. Kami bakal bertiga kelak,” ujarnya.
Dalam hantaran itu juga turut menunjukkan video ultra bunyi bayi itu semasa mereka melakukan pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak berkongsi butiran terperinci mengenai kandungannya itu.
Mengintai di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan suami isteri itu.
“Beautiful mom to be”, kata Nora Danish
“Tahniah!,” komen Azira Shafinaz.
“Alhamdulillah, tahniah!,” ujar Bella Astillah.
Sebelum ini, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel mewah di Desaru, Johor.
Baca juga: