PENYANYI kelahiran British-Albania, Dua Lipa, bakal menggegarkan Malaysia dalam siri jelajahnya ke Asia pada November tahun ini bagi menyokong penerbitan album baharunya, Radical Optimism.
Menerusi satu hantaran di Instagram penyanyi itu, Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasinya untuk bertemu secara langsung dengan peminat-peminatnya di benua itu pada November 2024.
Teruskan MembacaDalam poster tersebut, Axiata Arena menjadi lokasi berlangsungnya konsert pada tanggal 23 November 2024.
“Wow tarikh jelajah musim panas bermula dalam 1 minggu dan saya sudah tidak sabar lagi!
“Jadi saya rasa, apa salahnya kalau melanjutkan jelajah ke Asia pada bulan November ini. Sudah lama tidak datang dan saya tidak sabar untuk ke sana kembali,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Selain Kuala Lumpur, sebanyak tujuh lagi lokasi di Asia akan di lawati oleh Dua Lipa iaitu Singapura, Jakarta, Manila, Taipei, Bangkok, Seoul dan Tokyo selama dua malam.
Antara lagu popular penyanyi antarabangsa itu termasuklah Don’t Start Now, One Kiss, New Rules, dan Levitating (feat.DaBaby).
Baca juga: