Terkini

Pemain dram Cromok meninggal dunia

BEKAS pemain dram kumpulan Cromok, Miji dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.40 malam pada Rabu.

Berita sedih tentang pemergian Miji atau Tarmizi Mokhtar, 58, dikongsikan pemain gitar kumpulan tersebut, Karl di Facebook.

Karl turut memaklumkan jenazah Allahyarham dikebumikan pada Khamis.

Baca juga: DBKL sita barangan premis perniagaan di Taman Maluri

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda,” katanya.

Sebelum ini, Karl memaklumkan di Facebooknya tentang tahap kesihatan Miji yang sedang mendapat rawatan di hospital akibat menghidapi kanser hati tahap empat. — KL Viral

Pelbagai

Scroll to Top