DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi menyita barang perniagaan dan memindahkan halangan di premis perniagaan dekat Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Selasa.
Antara barangan yang disita termasuk 15 unit gerai besi tahan karat dan peralatan memasak yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.
Teruskan MembacaTindakan sitaan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Barangan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tindakan selanjutnya.
Pihak DBKL turut menyatakan tindakan khas sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. — KL Viral
Baca juga: