DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Tindakan Khas Pindah Halangan dan Penjaja Warga Asing Pasa Borong Kuala Lumpur di sekitar Jalan 2/3a dan Jalan 6/3a Pusat Bandar Utara, Selayang pada Selasa.
Sehubungan itu, sebanyak 12 premis telah dikenakan tindakan sita dan pindah barangan melibatkan kesalahan halangan tempat atau laluan awam dibawah kesalahan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Teruskan Membaca“Dua tindakan sita turut diambil ke atas penjaja bukan warga negara berikutan menjalankan perniagaan tanpa lesen pihak berkuasa menerusi UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
“Dalam pada itu, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan melibatkan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan, barangan am,” katanya menerusi hantaran rasmi akaun Facebook DBKL.
Kesemua barangan yang membuat halangan tempat awam serta aktiviti penjajaan dari warga negara asing terutamanya dikalangan Etnik Rohingya Myanmar telah disita.
“Barangan yang dikenakan tindakan sita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja, Cheras.
“DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di lokasi hotspot dari masa ke semasa,” katanya lagi.
Baca juga: