DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabatan Cawangan Seputeh meneruskan tindakan Khas Pindah peralatan di 4 buah premis dipercayai jadi halangan tempat awam di sekitar Taman Sri Endah, Seputeh Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas empat aktiviti perniagaan adalah melibatkan peniaga burger, gerai makanan serta tempat cucian kenderaan yang membuat halangan di tempat awam.
Teruskan MembacaDBKL membuat tindakan dengan menyita sita barangan dan peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan awam sehinggakan tindakan tersebut menjadi ikutan atau trend sebilangan peniaga.
Meletakkan objek di laluan awam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Sementara itu, 72 peralatan dan barangan perniagaan seperti water jet, vakum, pemampat (compressor), kerusi, meja, gerai beroda, payung dan lain-lain yang di sita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur untuk rekod penyimpanan dan tuntutan.
Difahamkan, Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara berperingkat. — KL Viral
Baca lagi: