Terkini

DBKL buka permohonan Lesen Anjing 2024

PERMOHONAN secara manual ke atas Lesen Anjing Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2024 telah dibuka bermula pada 11 Mac.

Justeru pemilik haiwan tersebut boleh hadir secara terus (walk-in) di Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar (JKAS), Off Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Permohonan dan pembayaran Lesen Anjing secara dalam talian akan dibuka mulai 1 April 2024.

DBKL turut menekankan tentang tanggungjawab pemilik anjing bahawa pemeliharaan haiwan tidak boleh menimbulkan masalah atau gangguan serta mewujudkan sebarang gangguan kepada penghuni lain.

Selain itu, anjing yang dipelihara tidak dibenarkan untuk kencing atau membuang najis di kawasan awam kerana perkara tersebut boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2011,3. (1), tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara seekor anjing melainkan jika anjing itu dilesenkan di bawah Undang-Undang Kecil tersebut.

Permohonan secara dalam talian boleh layari edog.dbkl.gov.my.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top