Terkini

DBKL sita 7 penjaja warga asing pasar karat di Petaling Street

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Parlimen Bukit Bintang disekitar Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), Kuala Lumpur pada Ahad.

Berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan DBKL, terdapat tujuh tindakan sita ke atas penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan terpakai, sireh dan makanan tanpa lesen serta kebenaran dari pihak berkuasa.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun ke atas peniaga tempatan beroperasi tanpa lesen yang menjual aksesori dan makanan dibawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Kesemua barangan yang di sita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Di samping itu, kawalan penguatkuasaan telah dijalankan bersama Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan DBKL bagi pemerhatian agar kesemua aktiviti perniagaan Pasar Karat beroperasi sepenuhnya dilokasi baru berhampiran Pasar Lee Lam Thye di Lorong Bandar 21.

Difahamkan, kawalan, pemantauan dan pemeriksaan dilakukan di sekitar kawasan tapak lama Pasar Karat di Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Balai Polis dan Jalan Silang, Kuala Lumpur.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top