MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa melancarkan 10 Garis Panduan Perancangan (GPP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 dalam memastikan setiap langkah perancangan dan pelaksanaan pembangunan dipantau dengan lebih efektif.
Menurut beliau, garis panduan itu juga bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan sesuatu polisi dan strategi yang dilaksanakan serta mempromosikan penambahbaikan yang berterusan.
Teruskan Membaca“Kesemua 10 Garis Panduan yang telah dirangka ini merupakan hasil daripada kajian terperinci dan konsultasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Tambahnya, hal itu bagi memastikan amalan tata kelola yang baik sentiasa dipraktikkan di DBKL sekali gus menjamin setiap langkah perancangan dan pelaksanaan pembangunan akan dapat dipantau dengan lebih efektif.
Mengulas lanjut, beliau yakin DBKL dapat dipandu dengan lebih telus dan teliti serta dapat memastikan kehidupan yang lebih baik untuk generasi kini dan akan datang.
Justeru, beliau berharap Kuala Lumpur akan terus berkembang sebagai sebuah bandar yang mampan dan berdaya huni.
Baca juga: