Terkini

Ayuh anyam ketupat sempena Program Teh Hijau Kuala Lumpur

PROGRAM Teh Hijau Kuala Lumpur Edisi April diserikan lagi dengan Pertandingan Anyam Ketupat yang diadakan pada 20 April di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi.

Pertandingan tersebut terbuka kepada 40 pasukan sahaja yang terdiri daripada tiga orang peserta dalam lingkungan usia 15 tahun keatas.

Kemenangan akan diberikan buat peserta yang menyiapkan ketupat terbanyak, terpantas di samping mementingkan aspek kerjasama dan kekemasan.

Peserta juga wajib memakai baju raya sepanjang pertandingan tersebut dijalankan.

Penyertaan juga haruslah secara walk in pada hari pertandingan tersebut.

Ayuh serlahkan bakat dalam menganyam ketupat dengan menyertai pertandingan ini bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top