JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyantuni 50 orang pesakit yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menerusi Program Ziarah Pesakit Siri 1 pada Khamis.
Program tersebut diadakan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit.
Teruskan MembacaPenyerahan bantuan berbentuk barangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Sahirman Ahmad.
Di samping itu, penyerahan wang tunai pula disampaikan oleh Naqib Masjid Al-Rahman Universiti Malaya, Mohamad Saidi Jaafar.
Pihak JAWI turut berharap agar aktiviti dakwah ke lapangan seumpama itu dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban pesakit.
Turut hadir di program berkenaan, Pegawai hal Ehwal Islam PPUM, Mohd Shazni Abdullah.
Program tersebut dilaksanakan JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Bahagian Pengurusan Masjid dan kerjasama dengan PPUM. — KL Viral
Baca juga: