DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarah dua buah premis hiburan ditutup serta merta dan sita serta pindah peralatan keatas empat buah premis hiburan lain di Jalan Telawi Bangsar dan jalan Radin Tengah Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dua buah premis hiburan yang diarahkan untuk menamatkan operasi adalah kerana beroperasi tanpa lesen yang diluluskan.
Teruskan MembacaEmpat buah premis yang dikankan tindakan lain pula adalah kerana melanggar kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam syarat lesen dari pihak berkuasa.
Tindakan tersebut dilaksanakan menurut Seksyen 4(1), Akta Hiburan (WPKL) 1992 iaitu mengadakan aktiviti hiburan tanpa kebenaran dan penutupan premis dibawah Seksyen 17 Akta yang sama.
Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan 11 notis kompaun pelbagai kesalahan yang melibatkan pelanggaran syarat lesesn, melantik pembantu premis warga asing, menyebabkan kacau ganggu dan halangan dalam premis hiburan.
Kesemua kesalahan tersebut diperuntukkan dibawah Undang-undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Antara barangan yang disita dan dirampas termasuk 35 unit pelbagai peralatan hiburan seperti DJ spinner, pembesar suara, amplifier, komputer, mikrofon dan tablet.
Kesemua barangan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi lebih lanjut.
Pihak DBKL turut menegaskan bahawa Tindakan Khas Premis Berisiko (Pusat Hiburan) akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan tumpuan (hotspot) lain. — KL Viral
Baca juga: