Terkini

300 individu terima sumbangan dalam program Nur Ramadan di Segambut

PROGRAM Nur Ramadan 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diteruskan di Parlimen Segambut yang diadakan di Masjid Al Firdaus, Segambut Luar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Program tersebut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin.

Seramai 300 pengunjung yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan turut menerima sumbangan Nur Ramadan Wilayah Persekutuan daripada DBKL.

Terdahulu, Program Nur Ramadan diadakan di Seputeh dan Batu, Kuala Lumpur bakal diteruskan di kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang lain. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top