Terkini

Dr Zaliha Mustafa rasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara

MAJLIS Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 yang diadakan di Bukit Kiara, Bukit Damansara telah disempurnakan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau dengan hati yang tebuka menerima tawaran untuk menjadi Penaung Majlis Belia Wilayah Persekutuan oleh Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Khairul Rizam.

“Saya juga telah umumkan kelulusan dana kepada Majlis Belia Wilayah Persekutuan sejumlah RM 50,000 untuk memudahkan urusan pentadbiran mereka.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dapat meneruskan agenda kemampanan belia di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

“Dalam program ini, saya turut mengumumkan pelanjutan tarikh penyertaan sebagai ahli Sidang Belia Wilayah Persekutuan sehingga hujung bulan ini, 31 Mei 2024 bagi memberi ruang kepada lebih ramai calon yang layak dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Dalam masa sama, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan atas penganjuran program tersebut dan kehadiran belia ke program berkenaan dianggar melebihi 5,000 orang.

“Tahniah juga kepada semua pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana telah merangkul anugerah yang cukup berprestij ini. Tahniah sekali lagi dan Selamat Hari Belia Negara,” katanya.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top