SEJAK beratus tahun yang lalu, Wakaf telah digunakan sebagai satu kaedah yang digunakan Muslim seluruh dunia untuk menyedekahkan harta yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan pada masa yang sama, menjana pahala berterusan kepada pemberi sedekah.
Baru-baru ini tular sebuah video yang mempamirkan seorang kanak-kanak lelaki bertindak mewakafkan wang sendiri bagi pihak ibu dan ayahnya di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah.
Teruskan MembacaMenerusi video tular tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial TikTok @Yaakubyusra, kanak-kanak lelaki itu dipercayai datang awal ke masjid bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah.
Kanak-kanak lelaki itu menggunakan wang berjumlah RM10 yang diperoleh dari seorang individu yang dikenali sebagai Madad untuk diwakafkan bagi pihak ibu dan ayahnya.
Sementara itu, kanak-kanak lelaki tersebut disuruh membawa nama ibu dan ayahnya sebelum menyerahkan wang berkenaan.
Tindakan yang menyentuh hati itu mendapat perhatian netizen yang mana mereka semua terharu dengan hati nurani si anak kecil yang sanggup menggunakan wang sendiri untuk mewakili ibu dan ayahnya.
“Adik… kau buat kami jatuh air mata, hebatnya,” kata seorang pengguna TikTok @pusatkhidmatdunjeneri.
“Kau memang hebat adik, tak semua buda-budak umur kau boleh buat macam kau buat, tahniah mak dan ayah adik,” kata seorang pengguna TikTok @IzzatYans
“Muka comel, hati baik..semoga terus berjaya dunia akhirat dik,” kata seorang pengguna TikTok @akmlazmm.
Bagaimanapun, sukacita KL Viral ingatkan tidak kira sama ada kandungan itu baik atau buruk, orang dewasa harus sentiasa berwaspada untuk tidak merakam gambar dan video kanak-anak dan dijadikan kandungan media sosial tanpa kebenaran.
Video yang diambil seharusnya perlu mendapatkan kebenaran dari ibu dan ayah kanak-kanak tersebut terlebih dahulu sebelum memuat naik.
Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, MCMC mempunyai kuasa untuk menurunkan kandungan media sosial membabitkan kanak-kanak yang dimuat naik tanpa kebenaran bagi memastikan tiada mana-mana pihak dieksploitasi demi kepentingan peribadi. — KL Viral
Baca juga: