
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri JAMINAN – kutipan cukai BUKAN untuk menyusahkan rakyat, tapi untuk jaga kebajikan majoriti!
Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, nisbah cukai kepada KDNK Malaysia cuma 12% – antara yang TERENDAH di dunia!
Teruskan MembacaItu bermakna pendapatan negara dari cukai masih rendah dan perlu diluaskan… tapi dengan adil, katanya.
“Rakyat biasa takkan dibebankan. Duit cukai tu akan balik semula kepada rakyat,” kata Tunku Nashrul Abaidah, Setiausaha Akhbar Kanan PM.
Antara yang dibayar GUNA duit cukai: RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah & SARA – bantu lebih 9 juta penerima!
RM400 juta baik pulih klinik usang
RM600 juta baiki tandas lebih 8,000 sekolah – untuk 5 juta pelajar!
Nak tahu lagi? Mulai 1 Julai 2025, peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan bermula.
Tapi jangan risau, kerajaan janji takkan bebankan rakyat biasa.
“Setiap sen cukai akan digunakan semula untuk kemudahan rakyat, bukan hilang entah ke mana,” tambahnya.
Pendek kata: Kutip cukai bukan salah, tapi bagaimana ia digunakan. Kalau betul sasarannya – rakyat juga yang untung!
#CukaiUntukRakyat #KerajaanMADANI #AnwarIbrahim #SumbanganTunaiRahmah #SST2025 #FiskalAdil #MalaysiaViral