Terkini

JWP peruntuk RM1 juta, sumbang wang tunai kepada bakal jemaah haji – Dr Zaliha

JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) memberi peruntukan sebanyak RM1.102 juta kepada 2,204 bakal jemaah haji muasassah 2024 di Wilayah Persekutuan melalui DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, sumbangan seumpama ini merupakan kali pertama diberikan oleh JWP yang merupakan salah satu inisiatif Ihsan @ PUJI di bawah Program Usaha Jaya Insan.

“Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan media ini kerana mereka lah yang banyak membuat liputan berkenaan inisiatif-inisiatif kerajaan, khususnya di Wilayah Persekutuan untuk disampaikan kepada rakyat terbanyak.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah dan didoakan semoga dikurniakan haji yang mabrur,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Difahamkan, setelah selesai Majlis Pra Peluncuran Sidang Belia Wilayah Persekutuan petang tadi, saya meraikan rakan-rakan media dalam program Semarak Aidilfitri.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top