Baru-baru ini tular rakaman sebuah bangunan pusat beli-belah di Genting Highlands terbakar pada Jumaat.
Hantaran yang dimuat naik oleh @update11111 di laman X menunjukkan beberapa klip rakaman bangunan tersebut sedang marak dijilat api.
Teruskan Membaca
Membalas kepada insiden kebakaran itu, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja pemadaman.
Meskipun kebakaran yang tercetus agak membimbangkan, Penguasa Bomba Kanan I JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani menyatakan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.
Malah, operasi pusat beli-belah tersebut tetap diteruskan selepas kerja-kerja pemadaman berjaya diselesaikan.
Pihak Genting Malaysia Berhad dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa sebilangan besar kedai di SkyAvenue akan kekal dibuka, kecuali beberapa unit kedai yang berada berhampiran kawasan yang terjejas, akan ditutup buat sementara waktu.
“Kebakaran di SkyAvenue, Resorts World Genting telah dipadamkan kira-kira jam 7.15 malam hari Jumaat dan pihak JBPM sudah memberi kebenaran untuk SkyAvenue dibuka semula kepada umum.
“Kebakaran itu juga tidak menjejaskan operasi taman tema di Genting Highlands seperti Genting SkyWorlds dan Skytropolis, serta beberapa lokasi tarikan lain dengan kesemuanya akan beroperasi seperti biasa,” kata kenyataan tersebut. — KL Viral
Baca juga: