Terkini

Malaysia berhasrat lahirkan pemenang Anugerah Nobel – Menteri MOSTI

Malaysia berhasrat melahirkan pemenang Anugerah Nobel dengan melahirkan golongan saintis muda negara berpengalaman dan sebaris dengan saintis luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, dalam mencapai hasrat itu, kerajaan akan memberi dedikasi penuh dalam memupuk persekitaran yang kukuh dan dinamik bagi kemajuan saintifik dengan memperhebat ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

“Sebelum kita hendak memasuki pencalonan anugerah tersebut, kita (MOSTI) kena pastikan, kita ada ekosistem sains yang rancak.

“Sebab itu, Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mengadakan pelbagai program dalam mencari pemenang berkenaan seperti penganjuran syarahan, perbincangan saintifik dan sesi libat urus bersama bekas pemenang Anugerah Nobel,” katanya kepada pemberita.

Beliau sebelumnya hadir merasmikan Program Syarahan Pemenang Anugerah Nobel oleh penerima Anugerah Nobel ke-25 (2001), Sir Paul Nurse, di Menara Matrade, Kuala Lumpur pada Isnin.

Chang berkata Kementerian Pengajian Tinggi menerusi universiti tempatan juga sedang melaksanakan inisiatif dalam memupuk pemikiran Pemenang Anugerah Nobel, berpandukan laporan kajian ‘Achieving Excellence in Science- The Nobel Path’.

Malah program Anugerah Nobel di bawah Akademi Sains Malaysia (ASM) diteruskan bagi mencapai hasrat tersebut.

“Sir Paul Nurse adalah pemenang Anugerah Nobel yang ke-25 yang dibawa oleh ASM ke negara kita. Kita akan meneruskan usaha ini supaya jadi satu budaya.

Program Anugerah Nobel membawakan pemenang Anugerah berprestij itu ke Malaysia supaya komuniti sains termasuklah pelajar, penyelidik dan ahli akademik dapat menerima manfaatnya daripada mereka.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top