Terkini

Dr Zaliha turun padang melawat rumah mangsa terbakar di Kampong Bharu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dilihat turun ke Kampong Bharu untuk mendengar taklimat progres terkini pembangunan di sini oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu pada Sabtu.

Dalam lawatan itu, Zaliha sempat singgah melawat ke salah sebuah rumah yang terbakar di Kampong Bharu beberapa hari lalu. 

Beliau turut mendoakan semoga keluarga yang terkesan dengan musibah ini agar tabah dengan dugaan ini.

Sementara itu, ahli parlimen Sekijang itu dibawa melawat sekitar Kampong Bharu dan melihat sendiri keadaan terkini dan pelan perancangan pembangunan di kawasan kampung yang terletak di tengah ibu negara ini.

Kemudian, dia dibawa melawat ke Pintasan Saloma yang merupakan jambatan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal merentasi Sungai Klang dari Kampong Bharu ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, dengan jarak sejauh 69 meter. – KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top