PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, ketibaan beliau pada pukul 10 pagi disambut oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Sabtu.
Anwar dalam majlis itu mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di negara ini sekali gus berharap agar sambutan pada tahun ini dapat menyemarakkan lagi kasih sayang antara semua kaum.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, beliau menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang pagi tadi bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan dan berterima kasih kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pimpinan atas jemputan.
“Saya kemudiannya, turut memenuhi undangan rumah terbuka Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
“Hidupkan nilai kebersamaan dan hidup berdamping kerana itu adalah resam negara yang berukun dan hidup aman damai menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.
Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran menteri Kabinet antaranya Menteri Kewangan II Datuk Seri Amid Hamzah Azizan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Pada majlis itu, Anwar bersama-sama tetatu kehormat menggaul Yee Sang yang merupakan antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baru Cina. – KL Viral
Baca juga: