Terkini

DBKL laksana tindakan sita barangan, pindah halangan dan kompaun di Pasar Borong Kuala Lumpur

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak sembilan tindakan sita barangan perniagaan menerusi serbuan yang dilaksanakan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, tindakan sita tersebut dilaksanakan terhadap warga asing yang berniaga di sana.

“Tindakan sita tersebut dilakukan menurut UUK 3(1), Undang-Undang Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Selain tindakan sita, pihak DBKL turut melaksanakan tindakan pindah halangan dibawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun dibawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Ia adalah bagi kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah, selain tiga notis penguatkuasaan dibawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 bagi kesalahan mendirikan struktur tanpa kebenaran.

Pihak DBKL turut memaklumkan kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Pihak DBKL turut menegaskan bahawa pihak mereka akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti pada masa akan datang.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top