DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Seputeh melaksanakan tindakan sitaan dan pindah halangan terhadap penjaja warga asing di sekitar Jalan 14/155C, Bukit Jalil.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, melalui tindakan khas yang dijalankan, terdapat tujuh kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Teruskan Membaca
“Antara barangan yang disita adalah meja, kerusi plastik, kuali roti canai, peti ais, tong gas dan lain-lain peralatan.
“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya.
Difahamkan, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Baca juga: